Friday, November 28, 2014

Days 332

Assalamualaikum,

Setelah sekian lama aku menyepi. Tiada luahan hati untuk diluahkan. Aku masih dalam proses ingin melupakan kisah-kisah sedih yang pernah terjadi sebelom ini. Hurrrmmm. Kuatkan Aku YA ALLAH!!

To find someone who can accept me as the way i am is not easy.

Mencari orang yang betul2 ikhlas nak berkawan & mengambil diri kita sebagai isteri pun bukanlah sesuatu yang mudah.

Kerana apa? Kita tidak tahu apa yang tersimpan di dalam hati setiap insan.

Tapi, sebenarnya, jika ia tidak menjadi mudah, mungkin kerana itu bukanlah jodoh buat kita.
Mungkin belum tiba masanya untukku bertemu dengan takdir hidupku. Bertemu dengan orang yang benar2 ikhlas menerimaku seadanya kerana Allah.

Walau seorang demi seorang kawan2 yang rapat telah mendirikan & bakal mendirikan rumah tangga, aku tetap bahagia dengan hidupku sekarang.

Bahagia bukan bermakna kita mendapat segala kemahuan yang dikehendaki, kebahagiaan sebenar adalah apabila kita mensyukuri nikmatNya & meredhai akan segala sesuatu dalam hidup kita.

Ya, aku bersyukur dengan orang2 disekelilingku, terutamanya keluargaku. Mereka sangat bermakna buat diri kerana aku menyayanginya.

Seorang perempuan, bila berkahwin, suaminya lebih utama daripada keluarganya.
Itu yang menjadi kegusaran di dalam hati. Aku takut andai aku mendapat seorang suami yang tak menghargai orang tua pasangannya. Nau'zubillah.

Aku berharap agar si dia yang tertulis untukku, tahu dalam menghargai orang tuaku sebagai tanda penghargaan yang telah membesarkan & mendidikku.
Begitu juga pesan buat diri, aku akan menyayangi orang tuanya seperti aku menyayangi ibu bapaku sendiri sebagai tanda terima kasih & penghargaanku kerana telah melahirkan & membesarkan suamiku.


No comments:

Post a Comment