Aku patut ucapkan syukur Alhamdulillah, Allah masih sayangkan aku, tidak mahu aku terus terseksa dengan perhubungan yang sedia ada. Ia mahu aku dekatkan diri aku lebih padaNya daripada manusia. Manusia sekarang terlalu plastik, depan lain belakang lain. Bagaimana boleh kenal, Allah sudah tetapkan yang aku akan kenal dengan dia, dan akan sayang dia walaupun hanya seketika. Tetapkan dalam hati, Setiap apa yang berlaku, ingat satu benda "HIKMAH" walaupun hari ini kita tak nampak benda tu, esok lusa mesti ada. Yang hadir dalam hidup ini membawa dua maksud, memberi kebahagiaan ayau memberi pengajaran.
Mulai sekarang perlukan pentingkan sikap pentingkan diri sendiri. Aku juga ingin bahagia tapi mungkin belom masanya lagi. Lintasan hidup ini tak semudah yang kita sangka. Pasti punya banyak simpang yang buatkan kita keliru. mahu pilih untuk teruskan perjalanan di simpang yang mana satu.
Berdoa. Teruskan berdoa. Jangan berhenti berdoa. Berdoalah walau untuk meminta sekecil kecil perkara. Itu yang aku selalu lalukan untuk aku terus dekat dengaNya. Agar aku tidak terus hanyut dengan dunia yang tiada jalan pasti.
Walau genggamannya kuat
Tapi bukan milik kita
Akan terlepas jua
Tak ada yang lebih baik
Tak ada yang lebih cantik
Beroleh keredhaanNya
Cinta sesama manusia
Hadapi segala dugaan
Bila jiwa rasa lelah
Ambil nafas dan senyumlah
Kerna langit masih cerah
Ku bersyukur alhamdulillah
Ku beruntung alhamdulillah
Wajburni alhamdulillah
Selama-lamanya
Indah cinta pada bahagia
Bila berduka tak mesra
Lagi kekal cintaNya
Bersyukur bukannya susah
Hanya bukti beribdah
Ucapkan alhamdulillah
Ku bersyukur alhamdulillah
Ku beruntung alhamdulillah
Wajburni alhamdulillah
Selama-lama.
Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah.
Hari baru, semangat baru, jiwa baru, halaman kisah yang baru, dan senyuman tanpa tangis yang baru.
Moga lebih baik dari yang lepas-lepas. Kisah semalam, aku harus masukkan ia dalam lipatan sejarah. Kisah hari ini, sebuah kenyataan yang bakal aku lalui.