Saturday, October 17, 2009

Luputnya Cinta

Pasti ramai antara kita percaya yang cinta kita pasti akan kekal abadi. Rasa cinta yang membara di dada pasti tidak akan pernah luput dari jiwa. Bagi kita dialah segalanya, kita akan pertahankan rasa cinta ini selama-lamanya.

Saya pernah mengalaminya. Indahnya perasaan itu sehingga saya lupakan keluarga. Saya percaya cinta ini pasti akan kekal dan saya akan sanggup lakukan apa sahaja untuk kekalkan rasa cinta ini.

Tapi benarlah apa yang pakcik saya katakan dahulu…sebelum kita memiliknya kita akan rasa cinta kita begitu kuat. Kita rasa cinta kita tidak mungkin akan berkurangan. Semua orang merasakannya, saya juga begitu kata pakcik. Tapi percayalah cinta hebat itu akan hilang ditelan zaman.

Hati saya memberontak ketika itu. Tekad saya…akan saya pertahankan cinta ini sampai bila-bila pun. Jika warnanya mulai pudar akan saya warnainya semula sehingga kembali berseri seperti dahulu.

Namun kenyataan…tidak semua cinta itu akan kekal abadi. Bagi mereka yang boleh menjadikannya abadi…alangkah bertuahnya anda. Percayalah tidak semua cinta yang pudar itu disebabkan pihak ketiga. Adakalanya ia akan pudar sendiri mengikut peredaran masa.


No comments:

Post a Comment