Wednesday, March 24, 2010

BENARKAH??

Benarkah sakit bermula daripada kata
kecewa bermula daripada cinta
pedih bermula daripada janji
benci bermula daripada kasih sayang
duka bermula daripada suka
dendam bermula daripada ketawa?

Kalau benar aku ingin
terus berpuisi dalam diam
kerana kebisuan lebih bermakna
daripada galak berbicara keras
yang hanya menambahkan luka
jika tersasar.

Aku akan terus berpuisi
memulangkan harum makna aksaranya
mengikut landasan yang benar
pantang dalam diri menderhaka
mengundang ketidaksenangan.

No comments:

Post a Comment