Saturday, November 19, 2011

senyum itu sedekah :')


Assalamualaikum.

Senyum Seindah Suria
Yang membawa cahya,
Senyumlah dari hati,
Duniamu berseri...

Senyum Umpama Impian,
Dalam kehidupan,
Kau tersenyum,Ku tersenyum
Kemesraan menguntum.

Senyum...Kepada Semua,
Senyumanmu amatlah berharga.

Senyum...Membahagiakan,
Dengan Senyuman terjalinlah ikatan...

Senyum mengalakkan kita menghadiahkan senyuman sebagai tanda keramahan dan saling hormat menghormati antara satu sama lain. tak kira lah orag tua, muda, melayu ke, cina ke, india ke dengan hanya melemparkan senyuman kita akan senang bila orang yang kita melihat menganggukkan sekali kepala sambil membalas senyuman kita walaupun kita tak mengenalinya. 
Senyuman di galakkan untuk mengeratkan persaudaraan. Senyuman juga dapat mengelakkan persengketaan. Malahan senyuman juga satu sedekah yang sangat mudah. Tanpa mengeluarkan wang ringgit, atau bertungkus lumus bekerja, kita mendapat pahala hasil dari senyuman yang kita berikan.
Senyum itu sedekah, senyum itu awet muda, senyum itu kemesraan, senyum itu pengikat sahabat, senyum itu penambah kasih, senyum itu pelaris jualan, senyum itu pengiktirafan, senyum juga pemanis wajah, senyum menambahkan kecantikan dan yang pastinya senyuman itu membawa kebaikan.
Senyum mesra datang dari hati yang baik, tulus dan ikhlas, senyum rekaan ialah senyuman pura-pura dan kejahatan.

"Senyum biarlah pada tempatnya".



Ukirlah senyuman yang paling manis.....
kerana selain sedekah.... 
senyuman itu ibarat lukisan rahsia hati....
ia tidak menyakitkan .....
tetapi menjadi penawar hati yang sakit.

selamat malam.
:'))

No comments:

Post a Comment