Sunday, April 22, 2012

cinta monyet


Assalamualaikum :)




Cinta monyet, ungkapan yang selalu kita dengar apabila satu pasangan itu bercouple lebih-lebih lagi ketika zaman persekolahan. Haha, lawak kan bila kita fikir kembali cinta monyet. Rasanya semua orang tak pernah terlepas dari merasakan cinta monyet zaman sekolah. Berangan tak sudah.

Pada definisi saya sendiri pasal cinta monyet ini adalah cinta yang sebenarnya tiada hala tuju , senang kata cinta yang diwujudkan sendiri oleh satu pasangan seolah-olah hanya untuk merasakan apa itu cinta. Plastik bukan? Otak hanya memikirkan keindahan yang direka, nah itulah cinta monyet. Sebab itu cinta monyet amat popular dilabel kepada budak sekolah.Haha.

Cinta yang tidak mengenal usia, tidak memilih sesiapa, baik tua atau pun muda. Saya sendiri pernah alaminya zaman sekolahsekolah dulu dan lupa semua tentang pelajaran. Dalam kepala otak hanya CINTA..YESSS CINTA... tapi itu semua dulu, sekarang berserah pada takdir *buat muka selamba*.

Bila mengenangkan cinta monyet boleh membuatkan kita tersenyum sorang diri, mesti banyak memori tentang zamanzaman sekolah kannn..kannnn.. Kisah cinta monyet saya, biar lah ia berkubur dan bagi saya ia akan tetap sebagai kenangan. Kata orang cinta monyet adalah kita mudah mencintai seseorang dan kita mudah melupakan cinta orang tersebut. *buat muka seposen*. Cukuplah perkara lepas mengajar saya dewasa. *tapi masih perangai seperti budak kecik* hehee. 


Cinta adalah sebuah anugerah yang sering membuat orang pusing kepala kerana kedatangannya yang muncul dengan tibatiba dan cinta itu buta.

Mencintai seseorang bukanlah sebab atas dasar belas kasihan, cantik rupa paras dan fizikal lainnya tetapi yang sepatutnya atas dasar pilihan hati lagi penting. Sebab itu kita sering kali mendengar bahawa cinta itu buta. So apa maksudnya? Cinta tidak memandang segalanya, ia datang tanpa sebab melainkan hati yang meminta.

Cukup marah apabila ada member yang kononnya CUBA mencintai seseorang. Hey! Buka mata seluasnya, cinta tak dapat dipupuk jika tiada dalam hati, atau hati kosong. Jika kita mencuba dan terus mencuba sehingga seribu tahun, kalau seseorang itu memang tiada dalam hati, kita tetap tak boleh dapat memuaskan hati, kita tak dapat tipu hati , kita tak dapat tipu diri sendiri. Sampai bila?

Hati saya sudah dimiliki.
Kerana tiada sesiapa pun yang dipaksa untuk bercinta, tetapi diri kita sendirilah yang inginkannya.

Cintailah seseorang itu melalui hati. Antara hati ke hati. 
Pada saya,  tiada falsafah iaitu cinta boleh dipupuk.

Cinta yang terindah ialah cinta yang mekar selepas diijabkabul.








No comments:

Post a Comment