Cerita hindustan tidak asing lagi dalam kehidupan kita. Seharusnya ia menjadi tauladan pada kehidupan kita. Seperti cerita HUM TUM yang saya tonton malam tadi. Nampak jalan cerita yang mudah dan jawapannya tetap sama iaitu hero & heroin bersatu.
Kisah ini menceritakan dua orang sahabat telah bertemu dan menjadi sahabat. Bercerita dan bergaduh menjadi asam garam dalam hidup mereka hinggalah gadis itu berkahwin dengan lelaki yang dicintainya. Namun takdir menjadikan gadis itu keseorangan setelah suaminya meninggal.Tika itu hanya kesunyian sahaja yang ada dalam diri gadis itu. Pertemuan yang tidak disangka-sangka menjadikan persahabatan mereka terjalin kembali. Lelaki itu telah membantu gadis itu dari terus hidup dalam kesedihan. Aduhai...keikhlasan persahabatan mereka menjadikan mereka tidak sedar ada rasa cinta dalam hati mereka. "CINTA BOLEH BERPUTIK DALAM PERTEMUAN PERTAMA, ATAU SETELAH BEBERAPA KALI PERTEMUAN".
Mungkin itulah yang sukar dimengertikan dalam hubungan persahabatan saya selama ini. Samaada persahabatan yang terjalin ini adakah kerana dasar sahabat atau ada rasa yang akan wujud kelak.
Apa yang dapat disimpulkan dari kisah HUM TUM :
" Kadangkadang pertemuan sekali sudah memadai,, tapi kadangkadang ia memerlukan pertemuan yang berulang kali "
" Jika kita mencintai seseorang, ungkapkan lah ia sebelum dia pergi meninggalkan kita"
" Memang ambil masa untuk kenali hati seseorang tp tak perlukan masa yang lama untuk merasai Cinta dari seseorang."
sekian, have a nice day ^_~
dah lama tak tengok cite hindustan.
ReplyDeletebess cite niee :)
Delete