Tuesday, August 14, 2012

Salam Lebaran

Assalamualaikum :)

Sedar tak sedar kita telah pun berada di penghujung Ramadhan. Terlalu pantas rasanya waktu berlalu. Dalam kemeriahan kita menyambut syawal yang bakal tiba, janganlah kita lupa kepada mereka yang kurang bernasib baik yang tidak dapat beraya bersama orang yang tersayang atau mereka yang kurang berkemampuan. Senangkanlah hati mereka agar mereka juga dapat menikmati susasana raya yang hanya setahun sekali ini. Dengan membuat orang lain gembira aku percaya kita akan lebih menikmati kegembiraan itu malah kegembiraan itu sukar digambarkan dengan kata2.

Untuk setiap kata yang tak terjaga, hati dengan prasangka, kesalahan yg sengaja, hilaf yang tak disangka, MAAFKAN MANUSIA YANG TAK SEMPURNA. Aku minta maaf jika selama ini ada perbuatan dan katakata yang telah menyinggung hati. Salam Lebaran Ampun Maaf Andai terkasar bahasa, tersilap pukul, terambil barang, ter'pau duit, semua 'ter' yg lain.


Sempena Hari Raya Yang akan kunjung tiba nanti, Ingin sekali aku meminta tolong dengan korang semua, diharap korang semua dapat menolong aku, Tolong laa maafkan segala kesalahan dan dosa dosa aku sewaktu kita bersama.


Akhir kata dari aku, 


Hari Raya ialah hari yang kita mesti berasa gembira
Semua orang bersukaria
Bermaaf-maafan di pagi raya
Menjemput kawan-kawan dan beraya bersama-sama

Bermain bunga api dengan semua
Ketawa dan bersenyum bersama kawan
Pakaian yang cantik dipakai
Tidak sabar untuk beraya
Pulang lambat tetapi gembira rasanya

SEMUA BERSUKA RIA!!!!!!!
SELAMAT HARI RAYA!!!


No comments:

Post a Comment