Saturday, March 29, 2014

"By Time"


PAMERAN DEMI MASA "By Time" Exhibition


"Sesungguhnya manusia dalam kerugian, 
melainkan yang beriman dan beramal soleh....."

Istilah Masa adalah sinonim dengan Waktu, Ketika, Detik, Saat, Jam, Tenggak dan Sangkala. Masa juga dikaitkan dengan maksud Jangka Waktu, Jangka Masa, Tempoh, Zaman dan Era. Masa adalah sesuatu yg teramat unit dan sukar untuk diterjemahkan secara fizikal. Ia adalah satu entiti yg sentiasa bergerak tanpa henti dan setiap makhluk pasti tidak terkecuali menempuhi masa. Mahu atau tidak setiap makhluk terpaksa menerima peredaran ini kerana masa tidak boleh diperlahan, dihentikan mahupun diganti.

Masa diterima masyarakat sejagat sebagai suatu yg tidak boleh dinilai dan tidak boleh diganti.  Ini terbukti apabila terdapat banyaknya perumpamaan yg membayangkan betapa pentingnya masa dalam kehidupan seharian seperti Masa Itu Emas, Masa Itu Nyawa.

Dari segi agama, islam banyak memperkatakan dan memberi peringatan mengenai kepentingan masa kepada pengikutnya. Islam menegaskan ketepatan masa dalam semua urusan manakala kelalaian serta sikap bertangguh hanya akan merugikan.

Masa dengan Alam Semesta adalah dua entiti yg saling berkait. Kita tidak dapat menyentuh masa tetapi kita mampu melihat kesannya berikutan perubahan fizikal alam seperti suasana pagi berubah kepada panas terik matahari dan seterusnya kepada gelap malam. 

Kita juga boleh melihat perubahan alam daripada cuaca panas kpda sejuk atau musim panas kepada tengkujuh. Perubahan makhluk jelas kelihatan ekoran peredaran masa. Manusia akan melalui detik kanak-kanak, remaja, dewasa, dan tua. 

Daripda itu, Muzium Negeri Terengganu mengambil inisiatif mengelolakan Pameran Demi Masa sebagai wadah bagi memperlihatkan peradaptasian Manusia dan Masa.










No comments:

Post a Comment