Monday, July 18, 2016

Page 200 bersamaan 13 Syawal 1437

Tak pernah di duga, semua ini terjadi dalam sekelip mata. Semuanya berubah dalam diam. Aku mengerti ini semua ketentuan Illahi. Aku sebagai umatnya kena terima dengan hati terbuka. walau perit, walau sesukar mana, aku kena teruskan hidup.

Yakin pada Allah bukannya mengharap takbulnya segala harapan. Yakin pada Allah adalah meletakkan keredhaan pada ketentuanNya. Rasa bahagia dengan ujian walapun perit. Disitu airmata yang menitis terasa bernilai.Diuji kita sebagai tanda sayangnya. Panjatkan kesyukuran kerana iti tanda sayang Allah kepada hamba-hambanya.

Allah tahu apa yang terbaik bagi hambaNya.

Jalan hidup ini hari di mana ditemani oleh tangisan yang tiada henti. Siapa tahu esok hari tangis bakal terganti dengan bahagia yang berpanjangan. Ceritera yang disusun atir oleh Allah, tidak pernah sia-sia. Aku perlu bisik pada hati, yakin dengan aturanNya.   

Ada kenangan yang perlu disimpan, ada yang perlu dipadam dan ada yang perlu dilupakan. Redha untuk semuanya sebagai suatu jalan kehidupan.

 


No comments:

Post a Comment