Monday, August 1, 2016

page 214 bersamaan 27 Syawal 1437

Siapa pun aku di masa lalu, selagi aku diberikan peluang untuk menhirup udara di muka bumi ini, dan kita masih ada peluang untuk menjadi lebih baik dan berusaha jadi terbaik. Manusia itu tidak sempurna. Tetapi boleh berusaha untuk jadi hambaNya yang terbaik. 

Mesti kita tak suka dibenci oleh orang lain, kita akan cuba sedaya upaya untuk buat yang terbaik kan. Sedangkan dunia ini hanya sementara. Duni ini ibarat kita yang sedang mengembara dari satu tempat ke satu tempat yang lain. Hanya segala sesuatu yang kerana Allah sahaja yang akan kekal. Tapi kenapa masih ramai manusia yang terlalu sibuk menjaga hal tepi kain manusia?

Kenapa manusia susah untuk menerima perubahan termasuk diri aku sendiri. Bila kita dah berubah, tak semua orang boleh terima perubahan kita. Makanya, aku harus mempunyai hati yang sangat2 kuat untuk tempuh. Jadi siapa kita yang harus bergantung harap pada masa lalu?

Allah nampak susah kita dalam nak berubah. Allah tahu segala apa yang ada dalam hati kita. Allah nampak segala apa yang manusia lakukan pada kita. Bersabar lah, apa pun dugaan dan cabaran yang datang, aku kena tempuhi dengan SABAR. Sebab apa perlu bersabar? Sebab Allah janji, setiap kesusahan yang kita tempuh dalam mendekatkan diri kita kepadaNya semua itu akan Allah balas dengan ganjaran yang sangat besar.

Makanya, redha dan sabarlah ketika diuji. Setiap ujian itu kalau kita berjaya melepasinya, Allah akan mengangkat darjat kita. Kita akan lebih dekat dengan Allah. Kita akan bergantung harap sepenuhnya pada Allah. Harapan itu wajib diletakkan pada tempat yang sepatutnya. 

ketika aku takut kehilangan,
aku terlupa bahawa tiada satu pun milik aku, 
semuanya yang aku miliki hanya pinjaman,
jika terlihat kecantikan,
ingatlah Penciptanya.


No comments:

Post a Comment