Tuesday, June 2, 2009

seloka SIT "C"

salam...
Aku dee reka 1 seloka utk dak2 kels aku... mtk maaf dulu laa neh klu seloka nie ade y terasa.. nie hnya joke smta2 ok... untk mgeratkan lgi silatulrahim y telh trjalin slama nie ktekan.. wah2...


Ahlan Wasahlan kami ucapkan
SIT "C" persembahkan seloka,
Niat di hati untuk bersuka-ria,
Sekadar kenangan penghibur duka.

Orangnya slumber hensem sekali,
Jawatan monitor tugas diberi,
Gelaran "anak mok" oleh rakan2 kami,
Itulah dia Mohd Badrol Mansor.
(ooo, ank mok rupenya)

Orangnya tinggi umpama KL Tower,
Sekali pandang macam Rosyam Nor,
Mohd Khairul Shafiq name diberi,
Itulah member kami.
(tingginya die...)

Orangnya tinggi hitam manis,
Kacak menawan bermulut manis,
Pandai "mengayat" mencair gadis,
Itulah Rijal jejaka romantis.
(cair macam lilin ker..??)

"Digok" name panggilan,
Orangnya bolehla tahan,
Bab BerSMS didahulukan,
Mohd Sodikin namanya klu nk berkenalan.
(beratur2, amik borang)

Ira pendiam banyak rahsia,
Handphone menjadi teman setia,
Wajahnya masam susah ketawa,
Sikapnya memang sukar diduga.
(sentum skit, ira...)

Ini pula nama Mala,
Orangnya pendiam tak banyak kata,
Kami nk bagitahu satu cerita,
Sebenarnya tak ada ape2.
(hehehe...)

Orangnya cantik berseri-seri,
Sekali tersenyum memikat hati,
Seorang lagi member kami,
Siti Mariana name diberi.

Diam bukan sebarang diam,
Diam-diam ubi berisi,
Senyuman Syahmi memang mengancam,
Ni slah sorang budak kelas kami.

Dua sahabat memang sejati,
Sentiasa bersama ke mana sahaja,
Dalam kelas duk belakang sekali,
itulah Tina dan Lala.

Dalam kelas jadi tumpuan,
Orangnya cantik sedikit garang,
Nurul Huda jadi idaman,
Pantang diusik pasti meradang.
(jangan marah yea huda, just kiding..)

Ana dan Liza teman sejati,
Dua sahabat berkongsi cerita,
Selalu bersama kesana kemari,
La.. patutlaa tengah duk cari buah hati..

Barisan tengah mereka bersemayam,
Hilang mengantuk takut disergah,
Asmira dan Nor tak banyak ragam,
Bila lec tanya mula laa mengelabah.

"Happy good lucky" sepanjang masa,
Kak ct orang yang mesra,
Sentiasa senyum walaupun duka,
Tentu senang nak dapat pakwe.
(hehehe...)

Mohd Afif Syafiq pemalu orangnya,
Selalu bertiga dengan membernya,
Dalam diam tak terkata,
Kalu diusik tersenyum laa die.

Meja depan duduknya die,
Petah sekali dalam presentation,
Nurul Nadiah itulah die,
Memang susah nak dikalahkan.
(fuyoo, terenya...)

Tak pernah ketinggalan daram korea,
Begitu juga dengan novel,
Dihujung kelas adalah tempatnya,
Kalu nak taw itulah cik Ayu..

Duduk mereka sering berdua,
Suka berbincang pelbagai cerita,
2 dara kami perkenalkan,
Alyani dan Salimah teman suka dan duka.

Inilah die empunya cerita,
Farah nama orangnya,
Baik hati adalah sifatnya,
Sebelah Eja tempatnya duduknya.
(hohoho...)

Yo wassup geng!! Inilah die hero kita,
handphone di tangan selalu ada,
Suruh buat keje dia kata "wait laa"
Itulah dia Yazid anak pak Razali.

Ini Sidek kami perkenalkan,
Terima pujian perkara biasa,
Itulah dia Orang bijak Matematik,
Menjadi harapan kami semua..

Hazwan nama diberi,
Berwajah manis segak sekali,
Bab menolong paling disuka,
Dia juga adalah kwan kami.

Dari jauh tak kenal cahaya,
Kerana Syukri berkaca mata,
Namun dia tak pernah lupa,
Spek itulah teman setianya...

Ini pula lain ceritanya,
Dia nie sekejap ade sekejap xde,
Time exam tensionlaa die,
Itulah die Amirul Syawal..

Ada beberape oarang jejaka kelas kami,
Otak mereka memang giler-giler,
satu je nasihat dari kami,
Tolonglaa ingat sikit kt Dunia...
(hehehe...)

orrylah kawan kalu terasa,
No hurt feeling dipohon semua,
Ini hanyalaa gurauan semata-mata,
Sebagai kenangan sepanjang masa.

Tamatla seloka SIT "C"
Terutma buat semua membar,
Untuk tatapan para pembaca,
We alwayz LUV U all 4ever and ever....


sekian laa seloka y aku reka2 utuk dak2 klas aku...hehehe..
yang sbrnanya aku ciplak jeaa seloka nie...wah6.....hahahahaha...
jgn terasa yee kwan2....
semoga terhibur..!!! bye2....

wasalam... :)

No comments:

Post a Comment