Monday, December 5, 2011

kelahiran


Assalamualaikum

Dunia kin semakin maju dengan teknologi yang cukup canggih, ekonomi juga sekejap turun dan juga menaik. eehh, apa topik yang aku nk cerita nieee. :'))

Setiap hari pasti ada yang baru, dan yang lain makin lama makin membesar, dan pasti ada yang meneninggalkan kita. lumrah kehidupan, bila ada kelahiran insan baru, pasti ada yang pergi untuk selamanya. Hanya kita saja yang tidak tahu sebab dunia nie terlalu luas untuk diterokai.

Aku sendiri masih perlu berubah jika mahu kehidupan terus bahagia, dan jalani hidup ini ke arah kebaikan. kita hidup di dunia nie sementara jeaa. aku sendiri tak pasti sampai bila aku akan bertahan didunia yang penuh berliku dengan onak duri yang tajam.

Jangan cepat mudah berputus asa dengan hidup nie, seteruk mana masalah yang timbul pasti ada jalan penyelesaian. aku tak pernah nak hukum sesiapa tapi aku sendiri tak pasti mana yang betul dan mana yang salah. takdir sudah tentukan semuanya. ini perjalanan hidup kita. suka atau duka, pasti akan laluinya. 

Perjalanan hidup bermula dengan kelahiran, makin lama akan membesar, kita akan meningkat dewasa, dan akan teruskan hidup ini hingga ke alam perkahwinan, dan kita juga akan melahirkan generasi baru untuk teruskan perjuangan yang ada ini.

Aku akan belajar dari kesilapan yang lepas. Perjalanan hidup ini tidaklah seindah impian dan harapan.  Seandainya kita menyedari hakikat kehidupan pasti diri kita tidak tenggelam dalam khayalan.  Impian dan harapan yang keterlaluan sehingga lupa pada qada dan qadarnya.

p/s : Aku sendiri tak tahu ape yang sedang cube ceritakan, ape yang terkeluar dari kepala otak nie, just taip jeaaa. *title pon tak tahu nk letak ape*


thnx for reading ;'))
~ Perjalanan seribu batu bermula dari satu langkah ~


No comments:

Post a Comment