Assalamualaikum
Sebelum itu, nak mohon maaf sekiranya ade terkasar bahasa ker, tersasul bicara ke, mohon ampun dehhh...
hari tuu saya ade tertengok satu video kat fb, ade sorg makhluk Allah ini postkann, smmgnya vidoe ituu mmg diambil dari youtube... ape videonya biarlah sy sorg yang tahu.. tp ap yang sy nk kongsi ini dimana letaknya maruah kitaa?? kita sebagai umat islam perlulah membawa ia ke jalan yang benar bukan malukan ia dengan sebegitu rupa.. ia kaum hawa yang lemah..
Salah ke tidak diorang ituu bukan masalahnya tp hukuman yang dikenakan itu memalukan... jgn tindas kaum yang lemah.. kamu belum cukup sempurna nak menghukum diorang, cukuplah sekadar memberi nasihat... kita nilai diri kita dulu sebelum nak menilai orang.. dan xperlulah menggunakan perkataan lucah. itu bukan nasihat tapi lebih kepada pengkianatan!!
Saya cukup simpati lah pada diorang.. kenapa manusia sezalim ituu??
*maaflah bahasa agak kasar*
Kasihanilah diorang. bagilah nasihat, Janganlah buat begitu lagi ya? Peliharalah aib orang lain supaya aib anda dan keluarga juga dijaga. Percayalah janji ALLAH itu benar, ini bukan janji manusia.
" Islam adalah suatu agama atau cara hidup yang melengkapi dalam urusan dunia atau di akhirat. Ajaran Islam yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w. adalah berpandu kepada Al-Quran dan sunat Rasulullah. Islam agama yang diredhai Allah untuk selama-lamanya. Firman Allah ta"ala dalam surah Al-Imran ayat 85 "
Namun sikap sesetengah manusia yang
merasakan dirinya alim ini begitu mementingkan diri sendiri. Mereka
mengabaikan manusia-manusia yang tidak bernasib baik. Ada yang
menjauhkan diri dari mereka, malah tidak kurang juga yang menghina.
Untuk mendapatkan yang terbaik, biarlah
kita sendiri yang mengubah sikap menjadi yang terbaik. Sesiapa sahaja
yang kita dampingi, samada baik atau jahat, kita mungkin tidak akan
tahu. Elakkan diri dari memilih orang yang tidak sepatutnya namun
elakkan juga dari bersangka buruk dan menghina orang lain. Kita
diberikan akal untuk berfikir, maka buatlah pilihan yang baik.
Jagalah perlakuan,
anda sentiasa akan diperhatikan :'))
anda sentiasa akan diperhatikan :'))
Be kind to one another !!
No comments:
Post a Comment