Assalamualaikum :)
Tadi my abah ada minta carikan lagu ulek mayang serta tarian sekali lah, dan saya nak kongsilah dengan korang tentang ulek mayang. ia ada kisah tersendiri. banyak sangat tafsiran orang tentang ulek mayang.. Lagu ni pernah diharamkan di Terengganu kan? Sebab ada unsur pemujaan, boleh dibawa mati bila nyanyikan lagu ulek mayang, dan lainlain lagi. apa kata orang rambut sama hitam tapi pemikiran berbeza. cube review balik kisahkish ulek mayang.hihkik.
Kisah Ulek Mayang ni bermula dengan kisah seorang nelayan yang menangkap ikan di tengah laut.. Tibatiba datang ribut dan nelayan tersebut telah memuja semangat penunggu laut.. lalu beliau diselamatkan oleh beberapa orang puteri laut *jin laut* dan mereka telah jatuh cinta kepada nelayan ni. Namun, oleh kerana berbeza dunia, mereka terpaksa menghantar nelayan tersebut balik ke pantai. Nelayan tersebut telah tidak sedarkan diri *kerana puteri2 itu enggan melepaskannya* lalu dirawat oleh seorang bomoh menggunakan mayang kelapa. Bomoh tersebut terpaksa menyeru semangat2 yang lain untuk membantu sehinggalah datang Puteri Sulung *adik beradik dengan puteri2 laut tadi* dan menyuruh adik2nya balik ke tempat asal.. sebagai penghargaan, maka puteri2 itu dijamu dengan pulut kuning yang dalam upacara semah *memberi makan jin laut*. Kisah ini dikatakan berlaku lama dulu iaitu sebelum kedatangan Islam.
Bila Islam datang, maka upacara2 khurafat ini telah ditinggalkan.. namun, masih ada segelintir masyarakat yg tak berpegang dengan ajaran Islam yang sebenar, masih mengamalkan upacara Ulek Mayang ini terutama bagi golongan nelayan, kononnya untuk meminta bantuan jin laut melindungi mereka semasa turun ke laut menangkap ikan..
Cakap pasal Ulek Mayang. Mari tengok lirik lagu yang telah di'cut' dari lagu Ulek Mayang yang sebenar.
Ku tahu asal usul mu
Yang laut balik ke laut
Yang darat balik ke darat
Nasi berwarna hamba sembahkan
Umbok mayang ku umbok
Umbok dengan jala jemala
Pulih mayang ku pulih
Pulih balik sedia kala
Lirik lagu di atas ni dah dipotong sekaligus elemen-elemen khurafat dihapuskan supaya bersesuaian untuk dijadikan sebagai satu tarian kebudayaan rakyat. Betullah, lagu Ulek Mayang ni ada jiwa. Some would find lirik, irama dan lenggok lagu ni menyeramkan. Well, lagu yang ADA JIWA kan? :P
Sebelum akhiri enrty niee, jagalah akan batasan syariat, tutup aurat dengan sempurna, hindari pergaulan bebas dengan berlainan jantina, jaga solat dan perbanyakkan membaca al-Quran, zikir dan doa, banyakkan bersedekah. bila kita jaga perintah Allah, maka Allah akan jaga kita, bila Allah dah jaga kita, xde sapa pun boleh memberi mudarat kepada kita.
Ingatlah sekuat mana makhluk yang menganggu kita, mereka masih lagi hamba kepada Allah. jika ada anjing menyalak kita, dia xkan diam jika kita baling batu ke, buat muka garang ke, sebaliknya jumpalah dengan tuan anjing itu untuk mengawalnya. begitu juga jika kita mengalami gangguan ini, mintalah pertolongan daripada Allah, pemilik makhluk manusia dan jin serta seluruh kejadian alam ini.

No comments:
Post a Comment