Monday, July 9, 2012

Dipersimpangan

Assalamualaikum :)

Setibanya di persimpangan ini saya harus membuat pilihan sama ada memilih jalan ke kanan atau jalan ke kiri. Nampak seperti mudah untuk memilih, tetapi hakikatnya amat payah. Sesungguhnya, inilah antara situasi yang paling saya tak suka dalam hidup untuk membuat pilihan. Orang berkata apabila kasih terhenti bukan bermakna berakhir hidupmu. Dan apabila kasih terhenti bukan bermakna kiamat. 

Hidup kita di dunia ini adalah dengan izin Allah. Justeru, bagi memudahkan perjalanan kita di dunia ini Allah bekalkan kita dengan rezeki yang diperturunkan dalam pelbagai bentuk dan rupa. Misalnya, dalam bentuk wang ringgit, makanan, tempat perlindungan, malah yang terhebat sekali ialah bakat yang tersendiri untuk setiap umatNya. Bakat yang ada pada setiap kita agak berbeza dan terpulanglah kepada setiap individu untuk mencari bakat yang ada dalam diri mereka. Jika berhasil, bermakna kita akan mendapat sesuatu yang amat bernilai untuk diri kita malah mungkin juga bermanfaat untuk orang lain. Jika sebaliknya, maka sia-sialah bakat yang diberikan kepada kita itu. 


Tapi saya bukanlah orang yang berbakat or bermanfaat untuk semua. Dan saya terimalah diri saya seadaNya. Saya cukup bersyukur dengan keadaan saya yang cukup indah sekarang, tak perlu ubah untuk orang laian dan apaapa lah. Jadilah diri kamu sendiri mungkin itu lebih baik. :)

" Tidak aku ragukan masa depanku Tuhan, jika Kau yg telah mengaturkannya. Terima kasih Tuhan, segala rancanganMu yg terbaik. "



No comments:

Post a Comment