Saturday, September 20, 2014

Day 263

Assalamualaikum,

Setelah sekian hari hari berlalu, masa berlalu dengan pantass, tak sedar banyak benda yang telah ditinggalkan ke belakang, jangan toleh ke belakang lagi, kalau toleh, saya akan mengimbau, bila saya mengimbau kembali hati akan pedih, teruskan hidup dengan sebaik-baik perancangan Allah. Setiap yang berlaku mendidik saya menjadi insan. Saya mampu berdiri diatas kaki sendiri, awak pergi dari hidup saya dengan hanya meninggalkan impian dan harapan. Saya pegang teguh dengan janji-janji yang dilemparkan pada waktu itu tapi Semuanya tinggal kenangan. Maafkan saya kerana terlalu menyayangi awak dengan sepenuh hati. Jika sampai waktunya nanti, saya akan lepaskan awak dengan rela hati. 


Hebatnya kuasa hati,
Sama ada mampu menarik sayang atau benci,
Dalam sekelip mata........

Kata orang,
Kalau sayang, jangan terlalu sayang,
Kerana kelak, bila sekali dia silap,
Pedihnya asyik terbayang-bayang.

Benarlah kata orang,
Kalau benci, jangan terlalu benci,
Takut-takut waktu kita susah,
Dia yang hulurkan simpati.


Kadang kadang rasa dah penat mencari dan mengejar. 
Dah sampai masa untuk orang pulak yang belajar menghargai kita.


No comments:

Post a Comment