Saturday, September 13, 2014

Day 256

Assalamualaikum.

tanya pada hati;
jalan hidup ini,
yang mana satu gembira,
yang mana satu sengsara.

ikut kata hati;
akal yang ada diketepi,
punca ramainya binasa, 
punca musnahnya bahagia.

hati manusia,
bukan boleh dijual beli,
jadi hati-hatilah dalam memberi hati,
bimbang silap langkah boleh termakan diri.

Bicara sama hati.
kalau terdetik di hati baik hasilnya,
maka turutlah ia.

Bicara lagi sama hati.
Kalau terdetik di hati buruk natijahnya,
Maka hindarlah ia.

Tapi paling penting,
Serahkan segalanya pada Dia,
Kerana hati milik Allah, 
Tentunya DIA lebih tahu apa yang terbaik terhadap ciptaanNya.

hasil nurkilan >> (Fatien Azliea Asmadi & Amilia Aminudin, 2014)

ia buat saya terpikir, ade betolnya semua kenyataan itu, bermulanya dari hati. 
kita berfikir dimana bermulanya kisah hidup ini, 

kata orang ikut kata hati mati. ini lah padahnya bila tak berfikir sebelom buat. 
tapi apa kemampuan kita, hanya merancang dan Allah tentukan semuanya terjadi. 



Yakinlah sesuatu yang hebat menunggu dihadapan.
Yakin dengan suratan takdir tidak ada seorang pun mampu melawan segala peraturannya. 
Jangan berputus asa dengan setiap dugaannya. 
Moga hati tidak mati. Moga jiwa tidak rapuh, bangkit setelah jatuh, bangun setelah rebah.
Moga Allah pelihara jiwa2 orang yang sabar.
Janji Allah itu Pasti. Karma tidak terkecuali.


No comments:

Post a Comment